FAEDAH ANGGOTA
Setiap anggota KGMMB dengan sendirinya menjadi anggota kepada Kumpulan Wang Simpanan Kebajikan (KWK) Kesatuan ini, Faedah yang diberikan ialah;
1. Hadiah Siswa RM 200.00
Untuk anggota dan anak anggota yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma, Ijazah dan ke atas. Bilangan anak tidak terhad. Setiap seorang anak hanya layak menuntut faedah sekali sahaja. Tuntutan faedah tertakluk kepada institusi-Institusi yang diiktiraf sahaja. ( Selepas keputusan Semester Pertama )
2. Rawatan Hospital RM 100.00
Untuk anggota sahaja. Anggota hendaklah dimasukkan ke hospital kerajaan selama tidak kurang daripada
10 hari berturut-turut. Seorang anggota hanya boleh menuntut sekali sahaja dalam setahun.
3. Kematian RM 400.00
Untuk anggota sahaja. Faedah boleh dituntut oleh ahli keluarga yang terdekat sahaja, sekiranya si mati tidak mendapat faedah bersara.
4. Bersara RM 400.00
Untuk anggota sahaja.
EKONOMI
KGMMB mempunyai sebuah koperasi iaitu KOPERASI KGMMB BERHAD yang ditubuhkan pada tahun 1973.
INSURANS
KGMMB mempunyai pakej skim insuran komprehensif khusus untuk anggota yang berminat. Skim insuran ini meliputi perlindungan kemalangan dan 36 jenis penyakit kritikal. Skim ini juga terbuka untuk keluarga anggota. Skim insuran MCIS ini dikenali sebagai SKIM IKHTIARI HIDUP BERBAKTI.



